WONG TAPANG RUMPUT, GUA

Wong (Bahasa Iban yang membawa maksud air terjun) Tapang Rumput terletak lebih kurang 35km dari Sri Aman, yang terdapat di Kampung Gua boleh dilalui dengan kenderaan. Selepas itu, perjalanan akan diteruskan dengan berjalan kaki sekitar 10 minit sahaja untuk sampai ke kawasan air terjun tersebut. Terdapat kemudahan asas seperti bilik persalinan dan tempat barbeku disediakan untuk pengunjung.