Kampung Gua diberikan nama sempena kewujudan sebuah gua yang jauhnya 1jam jalan kaki dari simpang.Walaubagaimanapun, gua tersebut sudah tidak wujud lagi sekarang disebabkan pemilik tanah tersebut mengusahakan tanaman sawit di tanah tersebut sehingga sekarang.

Pada asalnya, Kampung Gua hanya mempunyai sebuah rumah panjang sahaja dan lokasinya terletak di seberang lokasi yang sekarang dan usianya mencecah lebih 20 tahun.

Namun begitu, penduduk mula menetap di tanah mereka sendiri selepas terdapatnya akses jalan raya yang mana membentuk pecahan 4 buah rumah panjang yang sedia ada sekarang.