Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kampung Gua merupakan 1 daripada 5 buah PI1M yang terdapat di bahagian Sri Aman setakat ini. PI1M Kampung Gua terletak pada jarak 35 kilometer daripada bandar Sri Aman melalui Sri Aman - Kuching bypass. Antara kemudahan yang disediakan adalah penggunaan komputer dan internet, khidmat cetakan, laminating, bindingscanning, dan kelas latihan dan pembangunan. 

Antara kelas latihan & pembangunan yang disediakan termasuklah Kelas Latihan Microsoft Office Master Collection 2010, Adobe Photoshop CS6, Asas Pembangunan Laman Web, Media Baru (Facebook, Twitter, Instagram) dan Kelas Keusahawanan. Sebarang permintaan untuk mengadakan kelas-kelas tersebut, bolehlah menghubungi pihak kami.